>> Monday, July 11, 2011

Y. Bhg. Datuk/ Dato’/ Prof./ Prof. Madya/ Dr./Tuan/Puan,


JEMPUTAN KE MAJLIS SYARAHAN PLANETARIUM MENGENAI CUACA ANGKASA YANG BERTAJUK ‘THE BENEFITS AND PERILS OF LIVING IN THE SPACE AGE’ OLEH DR MARK MOLDWIN DARI UNIVERSITY OF MICHIGAN, USA

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Untuk makluman, Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) sebagai koordinator bagi program cuaca angkasa di Malaysia sedang giat menjalankan aktiviti penyelidikan/pendidikan dan kesedaran umum dalam bidang cuaca angkasa melalui kerjasama tempatan dan antarabangsa khususnya melalui International Space Weather Inisiative (ISWI).


3. Sehubungan dengan itu, ANGKASA akan menganjurkan satu syarahan umum untuk berkongsi dengan masyarakat mengenai kepentingan cuaca angkasa dan impaknya kepada kehidupan. Sehubungan dengan itu, ANGKASA telah menjemput seorang pakar cuaca angkasa iaitu Dr. Mark Moldwin dari University of Michigan, USA untuk menyampaikan satu syarahan umum yang bertajuk ”The Benefits and Perils of Living in the Space Age”. Sehubungan dengan itu, ANGKASA dengan berbesar hati menjemput Y.Bhg. Datuk/Dato’/Prof./Dr./Tuan/Puan untuk bersama-sama hadir ke sesi syarahan yang akan diadakan seperti butiran di bawah :-


Tarikh : 19 Julai 2011

Masa : 0945

Tempat : Teatret,

Planetarium Negara, Jalan Perdana, Kuala Lumpur

(berhampiran dengan Masjid Negara dan Taman Burung)


Untuk maklumat lanjut mengenai syarahan ini, Y.Bhg Dato’/Prof./Dr./Tuan/Puan boleh menghubungi pegawai yang bertanggungjawab seperti di bawah:


Nama : Farahana Kamarudin, Zulia Kurnia Dewi Nurlisman

Email : farahana@angkasa.gov.my; zulia@angkasa.gov.my

Tel : 03-8888 8668 / 019-2126866 / 017-2866743


4. ANGKASA juga mengambil kesempatan ini untuk memohon jasa baik Y.Bhg Datuk/Dato’/Prof./Dr./Tuan/Puan untuk memanjangkan jemputan ini kepada warga organisasi masing-masing. Sokongan dan kesudian Y.Bhg Dato’/Prof./Dr./Tuan/Puan dalam menjayakan majlis ilmu ini amatlah dihargai.


Sekian, terima kasih.

0 comments:

About This Blog

hak cipta panitia fizik smtpjb

Lorem Ipsum





  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP